Siti Nurhaliza Tarudin's FotoPage
The Malaysian Idol!

Production of Putraworks.Com

By: Webmaster Siti Nurhaliza Putera Emas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 28-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Coretan Siti @ Sitizone

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Salam kesyukuran buat kita semua di atas selesainya Kemuncak SNFT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Ogos yang lalu. Seminggu sudah berlalu tetapi semua kenangan yang tercipta sepanjang 2 bulan bersama SNFT masih kekal terpahat di minda.

21 Ogos yang lalu, dengan salam, dengan syahdu, dengan rindu, dengan segala rasa yang terbuku di kalbu, antara suka, antara gembira, antara duka, antara terlihat atau tidak derita, Siti rangkumkan semuanya dalam satu makna bahagia.
Bahagia buat Siti dan peminat, bahagia buat kita semua.

Siti terima dengan tabah hati apa sahaja cerita selepasnya, terima kasih atas kehadiran semua, terharu atas sambutan dan segala kepenatan hilang apabila Siti melihat wajah keriangan anda yang hadir pada konsert tersebut.

Siti berusaha. Tidak lokek memberikan apa yang terbaik bukan sahaja di Bukit Jalil tetapi di semua destinasi. Tidak kisah mengeluarkan kos yang besar untuk membawa mengelilingi semua lokasi. Tidak perlu berkira hanya untuk melengkapkan pentas yang menarik, teknikal yang cemerlang hanya untuk anda semua.

Di Bukit Jalil, itulah kesinambungan kreatif dan kreativiti yang sudah sedaya upaya Siti cuba hasilkan untuk semua yang hadir. Siti berpuas hati kerana semua itu adalah satu penghargaan buat anda, peminat-peminat Siti. Pedulikan yang tidak menghargai kerana jika mereka tahu, Siti telah banyak memberi untuk konsert ini. Berkorban bukan sedikit, tetapi Siti puas.

Siti tekadkan diri di atas pentas tersebut walaupun dalam saat-saat akhir Siti berhadapan dengan kemuncak SNFT, ada perkara yang begitu melukakan hati. Entah mengapa, semangat Siti tetap tidak hilang. Siti berjuang di atas pentas walaupun Siti pasti ada di antara anda yang masih tertanya-tanya, berprasangka atau meneka-neka, apakah Siti tahu perkara yang berlaku, apakah Siti sudah membacanya, benarkah Siti dan mereka yang tertuduh berkelakuan begitu?

Siti faham, anda juga faham apa yang Siti maksudkan. Tidak mudah berhadapan dengan perkara seumpama ini. Apa kudrat Siti untuk membela diri? Percayakah anda pada Siti? Perlukan Siti berbuat begitu dan begini untuk membersihkan nama dan maruah diri? Semua itu Siti fikirkan sebaik mungkin. Siti tidak mahu anda semua berada dalam keadaan tertanya-tanya.

Buat peminat semua, jangan pedulikan emel tersebut. Semua yang terkandung di dalamnya adalah fitnah dari hati yang hasad dengki. Mereka yang menulis menyamar, membaling batu sembunyi tangan. Takut pada bayang-bayang sendiri. Mereka mungkin ketawa di luar sana tapi Siti terpaksa menanggungnya. Bukan Siti malah yang turut terkait adalah keluarga. Tidak cukup dengan itu pihak media juga terheret termasuklah sesiapa yang bekerjasama dengan Siti.

Sungguh memalukan perbuatan mereka ini. Siti masih ada harga diri dan sehingga ke hari ini Siti tabahkan hati walaupun tak pernah henti diuji. Siti pasti, Allah sentiasa melindungi. Fitnah mungkin jalan mereka menjatuhkan Siti dan keluarga, lebih kecewa di saat Siti dan SNP berhadapan dengan SNFT.

Siti berbangga mempunyai anda semua. Siti masih teguh di sini untuk anda semua. InsyaAllah suatu hari nanti kebenaran akan terserlah jua. Sebelum mengundur diri, Siti ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran anda pada Kemuncak SNFT yang lalu.

Salam ikhlas...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


Siti Nurhaliza
28hb Ogos 2004 : 6.30pm




Saturday, 21-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Grand Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004

 
 
 
View all 5 photos...
@ Bukit Jalil Stadium

full report @ http://www.x-guy.com

more picture ->
http://sabmeen.fotopages.com/?entry=193486
http://jaggat.fotopages.com/?entry=193422
http://groovylicious.fotopages.com/?entry=192937
http://babyboyd.fotopages.com/?entry=192941
http://annzunie.fotopages.com/?entry=193360


Sunday, 15-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti di Siti Nurhaliza Fantasia Tour, Kuching


http://dr-rina.fotopages.com/


Saturday, 7-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
SNFT - Penang


http://nanaaf.fotopages.com/?entry=182946


Tuesday, 13-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti @ SNFT - JB

another SNFT link => http://groovylicious.fotopages.com


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net