Siti Nurhaliza Tarudin's FotoPage
The Malaysian Idol!

Production of Putraworks.Com

By: Webmaster Siti Nurhaliza Putera Emas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Nov-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti berdebar

BERTENAGA...Siti bersama bintang Akademi Fantasia di HMI.

Oleh Hartati Hassan Basri
http://www.hmetro.com.my/

RAHSIA pemergian Siti Nurhaliza ke Makkah untuk menunaikan umrah sudah diketahui ramai walaupun cuba disembunyikan kerana tidak mahu dikata riak. Hari ini, Siti bersama ibunya, Siti Salmah, 52, abangnya, Ayie dan kakak iparnya, Rozie dijadualkan bertolak ke Tanah Suci.



Sebelum pergi, Siti sempat menyiapkan rakaman program tv untuk siaran raya seperti HMI bersama artis undangannya, M Nasir, Aishah dan juga empat bintang Akademi Fantasia, Vince, Burn, Rosma dan Khai di Angkasapuri, Sabtu lalu.

Siti tidak dapat mengelak apabila ditanya mengenai persiapannya sebelum pergi. Malah Siti mengakui berhadapan pelbagai cabaran besar menjelang pemergiannya. Ikuti soal jawab dengan Siti yang ditemui dua hari lalu.



HARIAN METRO: Semua tahu Siti akan ke Makkah menunaikan umrah. Bagaimana persiapan Siti sebelum pergi?

SITI: Sebenarnya saya dan keluarga tidak mahu hebohkan perkara ini kerana ini ibadah tetapi apa boleh buat sudah dapat dihidu media. Sebagai persediaan, seperti biasa sediakan pakaian sesuai serta barang-barang keperluan lain.



HM: Apa yang Siti siapkan?

SITI: Beli pakaian di butik di Taman Tun Dr Ismail yang memang menjadi tumpuan mereka yang pergi umrah kerana di situ semuanya ada. Keperluan lain beli di pusat beli-belah. Mungkin mak akan bawa makanan seperti serunding dan kuih.



HM: Persiapan Siti yang lain?

SITI: Seperti orang lain, saya juga mengikuti kursus untuk memudahkan di Makkah nanti. Ada dua kali kursus termasuklah sehari sebelum berangkat. Selain itu saya baca buku panduan. Ada yang saya beli dan ada yang dihadiahkan peminat. Macam baru-baru ini masa rakaman HMI di Angkasapuri, ada makcik berikan buku yang digunakannya ketika mengerjakan umrah serta nasihat berguna untuk dijadikan panduan.



HM: Bagaimana perasaan Siti sekarang?

SITI: Berdebar kerana ini pertama kali pergi umrah. Orang kata macam-macam dugaan akan ditempuh di sana. Saya harap dan berdoa tidak ada masalah dan dapat menjalankan ibadah umrah dengan lancar.



HM: Apa agaknya yang Siti minta ketika berada di depan Kaabah nanti?

SITI: Semua yang terbaik buat diri saya dan juga kerjaya.



HM: Mungkin ada peminat mengharapkan perubahan Siti apabila pulang nanti. Apa komen Siti?

SITI: Buat masa ini tiada perancangan apa-apa kerana tak boleh cakap awal. Kalau dibuka pintu hati untuk berubah, terpulang. Apa yang penting segala perubahan itu untuk kebaikan kerana setiap orang mahukan yang terbaik untuk dirinya. Apapun saya tidak berani janjikan apa-apa.



HM: Ada cabaran sebelum pergi umrah?

SITI: Ada. Rasanya semakin hampir hari hendak pergi, semakin banyak dugaannya seperti cerita yang tidak baik mengenai diri saya dalam media. Saya anggap semua itu dugaan walaupun ianya fitnah. Saya hanya mampu bersabar dan juga berdoa semoga dijauhkan dari fitnah. Saya juga berharap mereka yang tidak puas hati dengan menyebarkan fitnah itu supaya dibukakan pintu hati mereka.



HM: Komen Siti mengenai isu bergambar dengan lelaki sedangkan sebelum ini bagaimana dikatakan syarat Siti pada awal pembabitan tidak mahu bergambar berdua dengan artis lelaki.

SITI: Sebenarnya bukanlah tidak pernah saya bergambar dengan artis lelaki Malaysia seperti Too Phat. Saya juga tidak ada masalah digandingkan dengan M Nasir untuk HMI. Bagi saya itu bukanlah perkara besar dan saya sudah terangkan perkara ini sejak dulu.



HM: Aktiviti Siti sepanjang Ramadan?

SITI: Balas kad raya serta sembahyang Terawih. Selain itu menjayakan fotografi dan juga rakaman program raya. Saya juga bersedia dengan pembikinan album baru iaitu album pop serta beberapa lagu konsep world music.



HM: Ada peminat nasihatkan Siti supaya lebih selektif pilih lagu supaya album selepas ini memuatkan banyak lagu-lagu yang bagus, tidak seperti album E.M.A.S yang hanya ada dua atau tiga lagu menarik.

SITI: Saya terima nasihat itu. Apapun lain orang lain citarasanya. Ada peminat yang suka album itu. bagi saya untuk kemajuan perlu ada perubahan dan cuba dilakukan dalam album ini apabila memuatkan lagu-lagu R&B seperti Kumilikmu. Sasaran lagu-lagu ini lebih kepada remaja bandar. Pilihan lagu balada juga tidak seperti lagu-lagu yang dulu.


Tuesday, 18-Nov-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Anggun dan Menawan

 
 
 
View all 5 photos...


Monday, 17-Nov-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti bertali leher

 


Sunday, 16-Nov-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti berkaca mata

 


Sunday, 9-Nov-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Siti Salmah Wanita Di Sebalik Siti Nurhaliza

http://www.utusan.com.my

Duhai apakah gerangan...
budi balasan...
bagi insan melahirkan...
membesarkan...

PETIKAN lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu secara fitrahnya memberi pemahaman seorang ibu akan terkerah untuk mencintai anaknya secara semula jadi. Malah di dalam kalbu seorang ibu, akan berakar kasih, sayang dan belas kasihan terhadap anak yang dilahirkan.

Dan sebagai anak, ramai kalangan kita yang mungkin tidak mampu mengerti ratap derita serta sengsara seorang ibu membesarkan kita.

Namun setelah menjadi ibu, baik menyakitkan atau menyenangkan, segalanya mengharapkan si anak berguna apabila dewasa.

Mengimbas kenangan lalu bersama ibu, semua orang menyimpan cerita sendiri yang memberi kesan terhadap hidup mereka kini.

Paling diingati, masakan ibu yang enak, dan kedua yang sering terlintas di minda, nasihat dan pesanan ibu yang kini menjadi pedoman dan bekalan sepanjang zaman.

Ketenangan pada wajah Siti Salmah Bachik menterjemahkan perasaannya terhadap puterinya, Siti Nurhaliza Taruddin. Selain anak kepada Siti Salmah, Siti Nurhaliza juga penyanyi paling popular dan dimiliki oleh segenap lapisan.

Siti Salmah merupakan antara individu penting yang berdiri teguh sebagai tulang belakang Siti Nurhaliza. Melihat kejayaan yang ditempa, liputan meluas yang diberikan media, sanjungan dan pengiktirafan masyarakat terhadap anaknya itu, hati kecil Siti Salmah tidak mampu untuk menyembunyikan betapa dia terlalu bangga melihat pencapaian anaknya selepas lapan tahun bekerja keras.

''Ibu mana tidak gembira melihat anaknya berjaya? Saya suka dan bangga dengan Siti,'' kata Siti Salmah ketika ditemu bual Pancaindera, Selasa lalu.

Di sebalik ketenangan air mukanya, Siti Salmah, 52, bagaimanapun tidak menafikan, sesekali hatinya dijentik kebimbangan menyaksikan kesulitan dan kesukaran yang harus diharungi oleh Siti Nurhaliza, 24, pada usia yang cukup muda.

Lebih mengguris emosinya, apabila kehidupan sebagai artis ternama menuntut Siti Nurhaliza terdedah kepada kata fitnah dan umpatan masyarakat.

''Dia anak dara saya. Tinggal jauh di Kuala Lumpur, saya pula di kampung. Setiap kali dia mengadakan persembahan, saya yang bimbang fikir yang bukan-bukan.

''Hanya satu yang mampu saya lakukan sentiasa mendoakan dia dari jauh,'' dedah Siti Salmah mengenai perasaannya.

Kebimbangan itu bagaimanapun terubat apabila tanggungjawab menjaga anak daranya itu dipikul oleh anak lelakinya, Saiful Bahri (Ayie) dan menantunya, Rozi Abd. Razak.

Bagi Siti Salmah, Ayie dan Rozi banyak membantunya menguruskan kerjaya seni serta memastikan keselamatan Siti Nurhaliza selama tinggal di Kuala Lumpur.

''Ayie cukup bertanggungjawab. Siti pula anak yang manja tetapi bijak berdikari. Saya percaya kepada mereka dan yakin mereka boleh menguruskan diri dengan baik,'' Siti Salmah menyambung luah rasanya.

Mendedahkan kesulitan menjadi ibu kepada bintang nombor satu negara, Siti Salmah mengakui, bukan mudah untuk berada di kedudukan sepertinya. Namun begitu, kekesalan sama sekali tidak pernah menjerat dirinya.

''Perjalanan hidup kita sememangnya sudah ditentukan. Walau susah sekalipun menjadi ibu kepada artis, saya reda kerana anak saya memilih untuk menjalani hidup seperti ini,'' ujarnya.

Jika sekalipun terikat dengan kesulitan, Siti Salmah berkata, keadaan itu berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran.

''Artis menghadapi pelbagai keadaan dan Siti tidak terkecuali. Bagaimanapun, itu bukanlah persoalan yang harus menjadi kekesalan dalam diri saya,'' kata Siti Salmah yang mesra dikenali sebagai mak cik oleh pihak media.

Setenang-tenang hati dan perasaannya, sesekali amarahnya tidak mampu dikawal apabila membaca laporan yang melibatkan peribadi anaknya di dada-dada akhbar dan majalah.

Antara kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak, di tengahnya tersulam juga ketegasan yang tidak dinafikan oleh Siti Salmah.

''Saya pernah menangis bila membaca apa yang ditulis di surat khabar atau majalah. Saya tanya Siti apa yang sebenarnya berlaku.''

''Di rumah, Siti adalah anak saya dan saya harus tegas mendidiknya seperti juga didikan kepada anak-anak yang lain,'' jelasnya lagi.

Sebagai ibu, tidak pernah kurang walau seinci nasihat Siti Salmah buat anaknya yang dilahirkan di Kampung Awah, Kuala Lipis, pada 11 Januari 1979 itu

Pada masa yang sama, Siti Salmah juga sentiasa mengingatkan anaknya mengenai masa depan dan jangan sesekali melupakan asal usulnya.

''Syukur pada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada Siti.

''Dalam hal ini, saya percaya, rezeki yang Allah berikan setimpal bukan sahaja pada Siti tetapi juga makhluknya yang lain, semuanya setimpal dengan usaha seseorang itu,'' kata Siti Salmah lagi.

Kejayaan Siti dalam arena seni muzik tanah air ini kata Siti Salmah, banyak dibantu oleh peranan yang dimainkan oleh syarikat rakaman yang dinaungi Siti Nurhaliza, Suria Records (SRC).

''Atas kepercayaan SRC, Siti boleh berjaya. Tetapi SRC tidaklah hanya memberi tumpuan kepada anak saya seorang, sebaliknya, artis lain juga mendapat hak mereka.

''Bezanya hanyalah rezeki yang ditentukan oleh Tuhan buat Siti,'' jelas Siti Salmah memperbaiki salah faham masyarakat mengenai 'keistimewaan' yang dinikmati Siti Nurhaliza selama bernaung dengan syarikat rakaman itu.

Murah dengan senyuman, wajah manis isteri kepada bekas anggota polis, Taruddin Ismail, 62, ini saling tidak tumpah seperti anaknya, Siti Nurhaliza.

Lalu, persoalan mengenai jodoh puterinya yang menjadi 'kegilaan' banyak lelaki cuba diselongkar dari ruang kalbu seorang ibu.

Enggan mengguris perasaan mana-mana pihak, Siti Salmah meminta agar persoalan mengenai jodoh anaknya itu tidak dibincangkan di mana-mana forum sosial secara terbuka.

''Itu cerita peribadi Siti. Lagipun, dia masih muda, masih minat untuk menyanyi,'' kata Siti Salmah penuh berhemah.

Menjelang seminggu sebelum ketibaan lebaran iaitu pada 19 November ini, Siti Salmah bersama Siti Nurhaliza, Ayie dan Rozi akan berangkat menunaikan umrah di kota suci Mekah.

''Sudah lama kami menyimpan keinginan untuk ke sana dan baru kini, rezeki menyebelahi kami. Insya-Allah, jika tiada aral melintang kami akan berada di sana sehingga 30 November dan meraikan Aidilfitri di sana,'' cerita Siti Salmah tanpa berselindung.

''Doakan kami selamat pergi dan kembali,'' pinta Siti Salmah sebelum menamatkan perbualan.


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net