Siti Nurhaliza Tarudin's FotoPage
The Malaysian Idol!

Production of Putraworks.Com

By: Webmaster Siti Nurhaliza Putera Emas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Anugerah Industri Muzik 12

 
More pictures at http://sultanmuzaffar.fotopages.com/?entry=424332


Saturday, 23-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Muzika Extravaganza

Siti Nurhaliza special pose with X-Guy
more at http://jazzy2ct.fotopages.com/?entry=417397


Wednesday, 20-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
An Evening with Siti Nurhaliza - Palace of Golden Horses

Photo from zkhairul fotopages
http://zkhairul.fotopages.com/?entry=414987


Thanks zkhairul for the link.


Monday, 18-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Message from Siti @ Sitizone

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Maaf jika terlalu lama Siti tidak menulis di sini. Bukan tidak mahu tetapi menunggu masa yang sesuai kerana Siti tahu, setiap hari yang berlalu ada sahaja peristiwa atau cerita yang berlaku.

Siti boleh memilih sejak dulu untuk tidak menjadi orang yang dikenali, Siti boleh untuk hanya bekerja di kampung dan tinggal di Kuala Lipis, Siti boleh menjadi lebih senang daripada menjadi seorang selebriti yang kisahnya sering ditulis, Siti boleh memilih untuk berbuat sesuatu yang memungkinkan hari ini Siti tidak perlu berada dalam industri ini.

Namun semua ini adalah rezeki dan apa yang Siti lalui ini tidak pernah Siti mimpi. Apa yang boleh Siti lakukan jika hari ini Siti hampir tidak memiliki semua yang anda di luar sana boleh miliki, boleh berbuat dan boleh merasai?

Haruskah Siti terus bersedih hati? Tidak boleh bercakap bimbang ada hati yang terluka tetapi Siti terus-terus dilukai. Tidak boleh lepas cakap walaupun untuk berkata jujur bimbang disalah erti dan tidak mahu membuatkan sesuatu perkara menjadi panjang.

Tidak gembirakah Siti hari ini? Tidak senangkah Siti hari ini? Mana mungkin kerana Siti memiliki anda semua. Siti mempunyai anda yang memahami apa yang Siti lalui. Sebenarnya memang tidak mudah untuk menjadi Siti sekarang ini.

Siti hanya tabahkan hati, baca dan lalui sendiri apa yang harus dilalui. Biarkan sahaja apa yang hendak berlaku dan Siti harus berjalan terus.

Konsert di London dijadikan kontroversi dan pelbagai spekulasi. Apa dosa Siti dan konsert itu? Salahkah Siti membuat konsert? Salahkah jika ada insan yang bermurah hati memberikan tiket percuma? Salah Siti jugakah jika ada peminat yang mengikuti tidak suka cara agensi yang membawa atau menerbangkan mereka ke sana, walaupun di luar bidang kerja atau pengurusan pihak Siti? Apakah salah jika konsert tidak ditonton ramai orang luar? Berdosakah jika dewan tidak penuh?

Siti keliru dengan semua ini. Apakah Siti akan terus menjadi mangsa hanya kerana ada pihak yang mungkin mahu Siti segera berundur? Siti tidak tahu mengapa semua ini terjadi pada Siti.

Siti tahu, sukar menerangkan satu persatu. Payah membuat orang memahami apatah lagi jika sesuatu itu bakal melukakan jika harus dijelaskan. Biarlah Siti sahaja yang tahu. Siti yang harus tabah untuk terus berada di sini untuk berkongsi bakat Siti dengan anda.

Siti dengan tulus hati ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda, kemenangan di ABPBH dan kejayaan konsert di London. Anda masih kekuatan Siti. Jangan berlari jauh dari Siti supaya kita akan terus teguh. Siti berterima kasih kepada anda. Dalam susah dalam senang, andalah yang selalu membuatkan jiwa Siti tenang.

Abaikan jika ada sesuatu yang memusuhi kita semua. Jika kita terus berjuang walau tanpa senjata, kita tak perlu mengharap menang, cukup jika kebenaran dapat dijulang.

Terima kasih juga atas sokongan anda terhadap Lagu Rindu dalam pertandingan Hitz1 baru-baru ini.

Salam Sayang...
Datang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang,
Tumpang Berlindung, Waktu Susah Dan Senang.


Siti Nurhaliza
18 hb April 2005 : 5pm


Sunday, 10-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hitz.1

Siti Nurhaliza @ Angkasapuri
More at

http://jazzy2ct.fotopages.com/?entry=408539
http://waiem.fotopages.com/?entry=428484


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net